BAHAN A:
300 gm daging tulang rusuk
BAHAN B:
1 cawan sos cili
½ cawan sos tomato
1 labu bawang besar
1 sudu besar sos A1
1 sudu besar sos HP
1 susu besar LP
½ cawan gula perang
1 sudu besar jus lemon
30 gm batang saderi
10 gm bawang putih
1 susu besar sos perang
1 helai daun bay
BAHAN C:
30 gm ubi kentang
10 gm sayur brokoli
10 gm bunga kubis
10 gm lobak merah
CARA MENYEDIAKAN:
- Campurkan semua bahan B ke dalam periuk besar, kemudian panaskan dan biarkan sehingga mendidih.
- Ambil tulang rusuk dan bersihkan. Potong kepada beberapa bahagian, selepas itu gaulkan dengan bahan perisa seperti garam, serbuk paprika, herba campurandan sedikit tepung gandum.
- Kemudian panggang di atas pemanggang.
- Selepas itu, masukkan daging tulang rusuk itu ke dalam periuk bahan B yang telah dididihkan.
- Biarkan selama 45 minit sehingga daging tulang empuk.
- Ambil ubi kentang yang telah direbus kemudian dilenyek-lenyek menjadi kentang putar.
- Ambil sayur brokoli, bunga kubis dan lobak merah, tumis seketika.
- Letakkan di dalam pinggan kemudian hiaskan tulang rusuk tadi bersama-sama sayur dengan kentang putar.
- Hidangan siap untuk dihidangkan.