IKAN SALMON BBQ

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A:

250 gm ikan salmon

1 sudu besar garam

1 sudu besar lada sulah

1 sudu besar daun ketumbar – racik

1 sudu besar lada besar cincang

1 biji jus limau – perahan

2 sudu besar minyak zaitun

 

BAHAN B:

30 gm ubi kentang

10 gm brokoli

6 gm bunga kubis

10 gm lobak merah

 

BAHAN C:

20 gm buah avokado

 

BAHAN SALSA TOMATO:

2 sudu besar minyak zaitun

5 ulas bawang putih

10 ulas bawang merah

10 biji buah tomato

1 sudu besar daun ketumbar

Garam dan lada sulah secukup rasa

1 sudu besar jus lemon

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Bersihkan ikan salmon kemudian perap seketika bersama garam, lada sulah, daun ketumbar yang dihiris, lada besar yang dipotong kiub kecil serta sedikit perahan limau.
  2. Kemudian bakar ikan tersebut di atas pemanggang beberapa minit sehingga masak sepenuhnya.
  3. Tumiskan pula bahan-bahan B. Tambahkan serbuk perasa.
  4. Ambil buah avokado yang masak, kemudian di lenyek sehingga hancur.
  5. Susun ke atas pinggan dan akhir sekali, letakkan avokado yang telah dilenyek tadi di atas ikan salmon.
  6. Ambil daun ketumbar dan hiaskan. Siap untuk dihidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan