BAHAN-BAHAN:
100 gm daging batang pinang
100 gm rusuk kambing
100 gm dada ayam
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 sudu besar serbuk paprika
1 cawan sos perang
30 gm buah nanas
10 gm brokoli
10 gm bunga kubis
10 gm lobak merah
Minyak secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Bersihkan hirisan daging, rusuk kambing dan dada ayam.
- Kemudian perap seketika bersama garam, lada sulah danserbuk paprika.
- Selepas itu, panggang bahan yang telah di perap di atas pemanggang selama beberapa minit sehingga masak.
- Ambil buah nanas yang sudah dihiris tadi kemudian dipanggang.
- Kemudian tumis brokoli, kubis, lobak merah dan tambahkan garam serta lada sulah.
- Hiaskan ke dalam pinggan dan akhir sekali tuangkan sos perang ke atas hidangan.