FISHERMAN’S TREAT (ANEKA LAUT)

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

50 ikan dory

50 gm udang harimau

30 gm sotong

30 gm kupang

1 sudu besar minyak

Garam dan lada sulah

1 sudu besar daun ketumbar – hiris halus

1 biji bawang putih

1 sudu besar jus limau

Daun salad secukupnya

Salad lolorossa secukupnya

 

Sos lemon madu:

1 sudu besar jus lemon

30 ml madu

1 sudu besar daun dill

1 sudu besar biji sawi

30 ml mayonis

1 sudu besar perahan lemon

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Bersihkan ikan, udang, sotong dan kupang.
  2. Kemudian gaulkan sekali bersama perahan limau, garam, lada sulah, bawang putih dan daun ketumbar yang telah dihiris halus.
  3. Panggang kesemua makanan laut tadi beberapa minit sehingga masak kemudian susun di atas pinggan.
  4. Ambil daun salad dan salad lolorossa kemudian susun berserta bahan-bahan yang telah dipanggang.
  5. Taburkan sos lemon madu ke atas makanan laut. Siap dihidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan