BAHAN-BAHAN:
300 gm lamb shank
20 ml minyak masak
10 gm bawang besar – potong dadu
10 gm bawang putih – potong dadu
10 gm bawang merah – potong dadu
20 gm lobak merah -potong dadu
20 gm batang saderi- potong dadu
1 helai daun bay
1 sudu besar serbuk paprika
30 gm puri tomato
250 ml sos perang
250 gm tomato – potong dadu
Garam dan lada sulah secukup rasa
20 ml madu
1 sudu besar biji sawi
1 sudu besar tepung gandum
50 gm ubi kentang
CARA MENYEDIAKAN:
- Lumurkan daging lambshak bersama garam, lada sulah, serbuk paprika dan tepung gandum. Kemudian letakkan di atas pemanggang beberapa minit.
- Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan semua bahan yang dipotong dadu sehingga naik aroma.
- Kemudian masukkan puri tomato, tumis dan kacau sehingga pecah minyak.
- Selepas itu, masukkan sos perang, kacau dan tambahkan tomato yang sudah dipotong dadu.
- Masukkan madu, biji sawi, garam dan lada sulah. Tutup dan reneh lebih kurang satu jam setengah sehingga daging empuk.
- Ambil ubi kentang dan rebus. kemudian buat kentang putar.
- Akhir sekali, tuangkan sos ke atas daging tersebut. Hiaskan bersama daun rosemary.