SALAD LIMAU BALI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

1 biji isi limau bali

1 ketul ayam goreng (resipi ayam sos limau madu)

1 tangkai daun ketumbar

1 tangkai daun pudina

2 sudu besar bawang goreng

2 sudu besar kacang (tumbuk)

 

Bahan sos

4 sudu besar gula Melaka

4 sudu besar sos ikan

4 sudu besar jus limau nipis

2 tangkai cili padi (potong halus)

 

CARA:

1. Campurkan semua bahan sos dalam satu mangkuk dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

2.Carik-carikkan isi limau bali. Potong halus daun ketumbar dan daun pudina. Masukkan dalam mangkuk bersama bersama bawang goreng dan kacang tumbuk berserta isi ayam goreng.

3. Akhir sekali, tuangkan bahan sos ke dalam mangkuk limau dan gaul hingga sebati. Hiaskan dan hidang.

 

 

 

 

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan