BAHAN:
600 gm daging
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
100 ml air kopi kosong
2 tangkai cili merah
4 cm halia
3 sudu besar madu
2 sudu besar minyak zaitun
½ biji jus lemon
2 biji kentang – bakar setengah masak
2 biji tomato ceri – panggang seketika
CARA:
1. Lumurkan daging dengan minyak zaitun bersama garam dan lada hitam. Panggang dalam kuali hingga setengah masak.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu. Angkat dan kisar hingga lumat. Ketepikan.
3. Potong cili dan halia sehalus yang boleh dan campurkan sekali. Kemudian masukkan madu dan jus lemon. Masukkan daging dalam mangkuk dan gaul sebati dengan bahan kisar tadi. Perap selama 30 minit.
4. Atas aluminium foil, letak daun pisang. Diatasnya letakkan kentang setengah masak bersama daging perap tadi. Kemaskan dan bakar dalam ketuhar selama 8 minit pada suhu 190C.
5. Hidangkan bersama kentang dan tomato grill .