BAHAN
800 gm itik
Garam secubit rasa
Sedikit lada sulah
2 sudu besar sos tiram
150 gm herba sup cina kering
10 biji kurma merah kering
1 tangkai daun ketumbar
700 ml stok ayam
CARA:
1. Bersihkan itik dan masukkan dalam bekas. Gaul dengan sos tiram dan perap 10 minit.
2. Masukkan setengah herba sup cina dalam periuk tanah dan lima biji kurma merah Cina. Kemudian masukkan itik.
3.Lapisan atas letakkan lagi herba sup Cina, kurma merah dan satu tangkai ketumbar di atas.
4. Akhir sekali tuang stok ayam sehingga paras ayam. Tutup periuk tanah dan kukus selama tiga jam sampai daging itik lembut dan masak.