BAHAN:
1 ekor ayam
150 gm herba cina campuran
4 cm halia
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Garam secukup rasa
Sedikit lada sulah
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos soya
1 biji jus limau kasturi
CARA:
1. Bersihkan ayam dan potong empat bahagian. Masukkan ayam ke dalam mangkuk.
2. Tumbuk bawang, halia dan bawang putih. Gaulkan dengan ayam bersama sos soya, sos tiram dan jus limau. Perap selama 15 minit.
3. Rasakan garam dan lada sulah dan gaul lagi.
4. Ambil aluminium foil dan letakkan ayam ditengahnya dan balut kemas. Kukus selama 30 – 40 minit sampai ayam masak.