- Limau Bali atau Limau Tambun yang juga nama saintifiknya Citrus Grandis Osbeck mempunyai kandungan pektin yang dipercayai mampu menurunkan kolesterol dan sekali gus mengurangkan risiko sakit jantung.
- Kurma merah sesuai untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang menyusukan bayi, melancarkan pengaliran darah, membetulkan kitaran haid, mencantikkan kulit serta menghindarkan seseorang itu daripada penyakit anemia.
- Jus limau kasturi boleh mengatasi masalah badan berbau, lelah, sakit tekak serta melegakan pening kepala. Malah jus ini juga bila dicampurkan dengan garam dapat menghilangkan kesan minyak pada pakaian.
- Kopi walaupun kafein tinggi tapi khasiat pada peminumnya cukup banyak kerana ia dapat mengurangkan risiko diserang penyakit parkinson, meningkatkan metabolisme tubuh badan serta meningkatkan memori serta mengurangkan risikokanser.
- Buah kuning telur atau juga diberi nama konikoma ini mengandungi nutrisi yang cukup banyak dan bagus untuk kesihatan.