BAHAN AYAM:
1 ekor ayam – potong empat
4 ulas bawang putih
2 cm halia
4 batang serai – untuk menggalas periuk
Garam secukup rasa
BAHAN KUAH
2 cawan santan
2 cm halia – hiris nipis
3 batang serai – hiris nipis
5 ulas bawang merah
Garam dan gula secukup rasa
CARA:
- Untuk kuah percik, kisar serai, halia dan bawang merah bersama sedikit air sehingga hancur.
- Masukkan santan dan bahan yang dikisar bersama ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana. Kacau supaya kuah tidak berketul dan pecah minyak.
- Tambah garam dan gula secukup rasa dan kacau rata sehingga kuah pekat.
- Untuk ayam, tumbuk halia dan bawang putih sehingga hancur. Masukkan sedikit garam dan gaulkan ayam bersama bahan-bahan ini.
- Selepas itu alas lantai periuk dengan serai dan masukkan sedikit air. Aturkan ayam di dalamnya.
- Kemudian curahkan sedikit bahan kuah percik tadi ke atas ayam tersebut. Tutup periuk dan masak di atas api sederhana hingga ayam empuk.
- Apabila ayam empuk, angkat dan panggang ayam tersebut. Balik-balikkan sehingga kedua-dua belah bahagian bertukar warna.
- Seterusnya curahkan kuah percik sehingga menyaluti keseluruhan ayam dan bakar lagi sehingga kuah tersebut agak kering.