DAGING DENDENG PADANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

1 kg daging

500 gm bawang besar – kisar

100 gm cili kisar

2 keping asam gelugur

3 batang serai – titik

5 cm halia – hiris

2 cawan air rebusan daging

6 sudu besar kicap manis

Garam dan gula secukup rasa

Minyak

 

CARA:

  1. Rebus daging sampai empuk. Simpan air rebusannya.
  2. Hiris daging lawan urat (lebih kurang saiz 1”x1.5”). Tumbuk sekeping-sekeping daging hingga nipis.
  3. Perap daging yang ditumbuk dengan kicap dan goreng daging dengan api sederhana kuat. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak, tumis bawang dan cili sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan serai yang dititik, halia, asam gelugur, air daging, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan daging dan gaul sebati.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan