BAHAN
300 gm tepung pulut
2 biji isi buah kuning telur
2 sudu besar kacang tumbuk
1 sudu besar mentega
250 ml air
Air gula
2 inci halia muda
1 helai daun pandan
2 sudu besar gula
Secubit garam
300 ml air
CARA:
1.Lenyekkan isi buah kuning telur. Campurkan dengan mentega dan kacang, gaul hingga sebati.
2. Masukkan tepung pulut dan air dalam mangkuk. Gaul hingga jadi doh dan buat bentuk seperti bola kecil.
3. Kemudian leperkan bola kecil tadi ditengahnya dan letakan sesudu isi buah kuning telur. Bulatkan kembali seperti buah Melaka.
4. Panaskan air dan masukkan halia, gula, daun pandan dan garam. Kacau sampai gula larut dan mendidih.
5. Akhir sekali masukkan bola kecil tadi dan masak hingga timbul. Hidangkan bersama air rebusan halia, daun pandan bergula tadi.