Pisang adalah salah satu buah-buahan tropika yang menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Pisang enak dimakan begitu sahaja dan ia juga sering digunakan dalam masakan seperti dibuat kek, pencuci mulut, kuihdan macam-macam lagi.

Antara jenis-jenis pisang adalah pisang raja, pisang embun, pisang emas, pisang abu, pisang berangan, pisang tanduk, pisang nangka, pisang awak, pisang susu, pisang merah, pisang nipah, pisang rastali dan macam-macam lagi.

Pisang adalah buah yang baik untuk kesihatan kerana pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

Kandungan potasium tinggi dalam pisang membantu merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok. Pisang juga rendah kalori lemak dan mengandungi sodium yang membantu merendahkan kolestrol.

Kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar.Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Pisang amat sesuai untuk mereka yang menghidap anemia iaitu kekurangan hemoglobindalam darah. Dengan memakan pisang ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

Selain itu, pisang boleh mengurangkan tekanan kerana terdapat sejenis protein yang membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.