BAHAN:
1 genggam ikan bilis
5 biji pisang muda – buang kulit dan belah dua
10 tangkai cili padi
3 cm kunyit hidup
1 keping asam gelugur
200 ml santan
Garam secukup rasa
- Kulit pisang jangan dibuang kerana ia boleh dimasak dalam gulai ini.
CARA:
- Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup. Ketepikan.
- Masukkan santan, ikan bilis dan bahan tumbuk dalam periuk. Gaul sebati dan biarkan mendidih.
- Selepas itu, masukkan pisang, asam gelugur, kulit pisang dan garam secukup rasa.
- Gaul sebati dan masak sehingga pisang lembut.