BAHAN-BAHAN
500 gm kentang – rebus
3 biji telur – rebus
Dressing
½ cawan mayonis
½ cawan yogurt asli
Garam secukup rasa
Lada putih secukup rasa
1 labu bawang besar – dadu
3 sudu besar daun bawang
CARA MENYEDIAKAN
- Kentang rebus dibelah empat manakala telur rebus dibelah dua.
- Untuk sediakan dressing, campurkan yogurt asli dan mayonis dalam mangkuk.
- Masukkan bawang besar, perisakan dengan garam dan lada putih. Kacau sebati.
- Tuang dressing ke atas kentang dan gaul sebati. Taburkan pula daun bawang. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan hiaskan dengan telur rebus di atasnya.