BAHAN-BAHAN
300 gm Kentang (direbus)
50 gm Mentega
½ cawan Susu UHT
Garam secukup rasa
Lada putih secukup rasa
Sos Perang
20 gm asas sos perang – bancuh dengan air
1 labu bawang besar – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
25 gm Mentega
½ sudu besar lada hitam – tumbuk
3 sudu besar krim
CARA MENYEDIAKAN
- Lenyek ketang sebaik diangkat daripada periuk. Setelah itu, masukkan mentega dan kacau sebati dan masukkan pula susu UHT hingga kepekatan yang disukai.
- Perasakan dengan garam dan lada putih.
- Untuk membuat sos, panaskan mentega di dalam kuali.
- Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Tuangkan campuran asas sos perang, masak seketika dan masukkan pula lada hitam. Akhir sekali tuangkan krim dan kacau sebati.