BAHAN-BAHAN
3 cawan ubi kentang – rebus dan lecek
200 gm daging kisar
3 sudu besar bawang goreng
3 sudu besar daun sup
3 biji telur
Garam secukup rasa
½ sudu besar serbuk lada hitam
½ sudu besar jintan putih
1 cawan minyak
CARA MENYEDIAKAN
- Satukan daging dan kentang leyek dalam mangkuk besar.
- Masukkan sebiji telur, bawang goreng, daun sup, jintan putih, serbuk lada hitam dan garam. Gaulkan sebati.
- Bentukkan menjadi bulat dan leper.
- Pukul telur selebihnya di dalam mangkuk lain. Panaskan minyak masak. Celup bergedil dalam telur dan goreng dalam minyak hingga warna kuning keemasan.