BAHAN SACHER SPONGE:
112 gm mentega
112 gm coklat masakan
6 biji kuning telur
1/3 biji kulit lemon
144 gm tepung kek
5 gm serbuk penaik
6 gm serbuk koko
6 biji putih telur
170 gm gula
BAHAN LAPISAN KEK:
1 cawan aprikot gel
125 gm coklat masakan
300 gm krim masakan
CARA MENYEDIAKAN:
- ‘Doubleboil’ coklat masakan dan mentega. Kacau sehingga sebati. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan gaulkan sehingga sebati.
- Masukkan kulit lemon, tepung kek, serbuk penaik dan serbuk koko ke dalamadunan coklat dan kacau sehingga adunan sebati.
- Dengan menggunakan mesin pengadun, pukul putih telur dan gula sehingga menjadi Atau sehingga tebal dan masukkan ked alam adunan coklat, kacau perlahan sehingga adunan coklat dan meringue sebati.
- Masukkan adunan ke dalam acuan kek dan bakar pada suhu 160⁰C selama 30 minit atau sehingga ke benar-benar masak dan biarkan ia sejuk.
- Potong kek kepada dua lapisan dan sapukan aprikot gel. Letakkan lapisan kedua kek dan ulang seperti lapisan pertama.
- Untuk membuat coklat krim, masukkan coklat ke dalam mangkuk kering. Masakkan krim dan tuang ke dalam coklat. Kacau sehingga coklat cair dan sebati.
- Tuangkan krim coklatke atas kek, gunakan spatula dan sapukan perlahan di atas permukaan kek dan sekeliling kek. Hiaskan.