BAHAN-BAHAN:
180 gm mentega
134 gm gula perang
3 biji telur
3 gm garam
2 gm serbuk penaik
2 gm serbuk kayu manis
300 gm buah campuran
150 gm tepung kek
CARA MENYEDIAKAN:
- Pukul gula perang dan mentega menggunakan pengadun sehingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul perlahan-lahan sehingga sebati.
- Campurkan tepung, garam, serbuk penaik dan serbuk kulit kayu manis ke dalam mangkuk mesin pengadun. Pukul sehingga adunan benar-benar sebati.
- Kemudian masukkan buah campuran ke dalam adunan dan pukul perlahan selama seminit sehingga adunan sebati.
- Skop kan adunan kek ke dalam bekas acuan dan bakar pada suhu 160⁰ selama 45 minit atau cocok menggunakan lidi sate dan jika tidak melekat, kek sudah masak sepenuhnya.
- Sejukkan seketika dan taburkan gula aising (snowpowder) dan sedia dihidangkan.