BAHAN A:
200 gm mentega
215 gm gula kastor
1 sudu besar kulit lemon – sagat
2 biji telur
65 gm kelapa parut
300 gm tepung naik sendiri
125 ml jus lemon
60 ml susu segar
BAHAN B (Krim aising):
150 gm gula aising – ayak
1 ½ sudu besar air panas
½ sudu kecil esen vanila
Untuk hiasan:
30 gm kepingan kelapa kering
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180⁰C. Sapukan mentega di sekeliling pembakar dan lapiskan dengan kertas minyak.
- Dalam mesin pengadun, pukul gula kastor, mentega dan kulit lemon sehingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji dengan kelajuan perlahan sehingga sebati.
- Masukkan kelapa kering, tepung, jus lemon dan susu segar. Kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
- Kemudian masukkan adunan ke dalam bekas pembakar yang telah disediakan, bakar selama 30 minit pada suhu 160⁰C dan sejukkan.
- Untuk membuat krim aising, adunkan semua bahan B sehingga sebati.
- Akhir sekali, sapukan krim aising tersebut pada keseluruhan kek dan taburkan kepingan kelapa kering. Hiaskan.