BAHAN-BAHAN
1 buku kek gulung Swiss
4 sudu tepung kastard
1 kotak jeli kristal
1 tin susu cair
Air
Gula – ikut rasa manis
Buah-buahan koktail
CARA MENYEDIAKAN
- 1. Potong kek lebih kurang 1 inci. Kemudian susun di dalam bekas.
- Siram kek dengan sedikit air dari buah-buahan koktail.Ketepikan.
- Masukkan tepung kastard bersama dengan susu dan air serta gula kacau agar tepung tidak berketul-ketul.
- Masak di atas api yang kecil dan kacau sehingga pekat.
- Setelah sos kastard sejuk tuangkandi atas susunan kek diikuti dengan buah-buahan koktail.
- Masakkan sekotak jeli mengikut arahan pada kotak, kemudian tuang di atas adunan.
- Simpan dalam peti sejuk.