BAHAN A:
250 gm kurma – cincang kasar
1 sudu besar soda bikarbonat
1 ½ cawan air panas
125 gm mentega-lembutkan
¾ cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri
BAHAN B SOS KARAMEL:
1 cawan gula perang
300 ml krim masakan
½ sudu kecil esen vanila
60 gm mentega
CARA MENYEDIAKAN:
- Letakkan kurma dan soda bikarbonat ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan air panas, biarkan selama 20 minit sehingga kurma lembut.
- Pukul mentega, gula dan esen vanila sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau adunan sehingga sebati. Kemudian masukkan kurma dan tepung, kacau sehingga adunan sebati.
- Masukkan adunan ke dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180⁰C selama 45 minit sehingga kek masak secukupnya.
- Cara membuat sos karamel. Satukan gula, krim, esen vanila dan mentega ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga bertukar warna perang dan pekat.
- Tuangkan karamel ke atas kek dan sedia dihidangkan. Hiaskan.