BAHAN KEK SPAN:
3 biji telur gred A
150 gm gula kastor
½ biji kulit lemon
200 gm tepung naik sendiri
BAHAN GANACHE PUTIH:
125 gm coklat putih
300 gm krim masakan
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan telur, gula dan kulit lemon ke dalam mesin pengadun. Adun dengan kelajuan tinggi selama 4 minit atau sehingga pekat dan gebu.
- Kemudian masukkan tepung dan kacau menggunakan spatula sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada dua tin pembakar.
- Bakar selama 20 minit pada suhu 180⁰C sehingga bertukar warna keperang-perangan dan biarkan sejuk.
- Untuk ganache putih, potong dadu coklat putih dan letakkan ke dalam bekas kering. Masakkan krim sehingga mendidih dan tuangkan ke dalam mangkuk coklat. Kacau sehingga coklat menjadi cair dan sebati.
- Potong kek span kepada dua bahagian dan lapiskan bahagian tengah dengan ganache putih dan letakkan lapisan kedua. Tuangkan lebihan ganache ke atas kek dan sapukan sekeliling kek dengan spatula. Hiaskan.