BAHAN
Isi itik rempah
1 biji salad
1 biji lobak merah
Bahan roti jala
250 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1 biji telur
Secubit kunyit serbuk
Garam secukup rasa
CARA:
1.Campur tepung gandum dan tepung jagung dalam satu bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sebati.
2.Masukkan telur, garam, kunyit dan gaul lagi supaya hilang semua ketul-ketul tepung tadi. Pastikan adunan tidak telalu pekat dan tidak terlalu cair. Tapis dan masukkan dalam bekas roti jala.
3.Panaskan kuali dan tuangkan adunan roti jala dan buat seperti jala. Biarkan hingga masak dan lipat memanjang.
4.Angkat dan letakkan inti, salad, lobak merah dipotong nipis dan isi itik rempah Melaka ditengah-tengah. Gulung hingga kemas dan hidangkan.