BAHAN
1 ketul mee wantan
5 tangkai sayur baby pok choy
1 ketul isi itik (itik bunga lawang)
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar minyak bijan
100 ml stok ayam
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA:
1. Rebus mee wantan dan sayur sampai empuk. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan kicap pekat, kicap cair, kicap manis, minyak bijan ke dalam stok ayam. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan garam dan lada sulah dan gaul lagi.
3. Akhir sekali masukkan mee wantan ke dalam campuran kicap tadi dan gaul sampai semua bersalut dan sebati.
4. Hidangkan di atas pinggan dengan sayur disusun bersama isi itik di atas mee. Hidang semasa panas.