BAHAN:
2 cawan tepung jagung
5 cawan air
1 cawan susu sejat
Susu pekat ikut suka manisnya
CARA:
- Campurkan bahan-bahan di dalam periuk.
- Kemudian dimasak hingga mendidih.
- Sentiasa dikacau pastikan puding berkilat dan mendidih.
- Kemudian masukan kedalam acuan dan hiaskan dengan ceri.
KUAH PUDING
BAHAN:
1 tin susu cair
2 gelas air
Susu pekat secukup rasa
2 sudu gula perang secukup rasa
2 biji kuning telur
Secubit garam
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
1 helai daun pandan
CARA:
- Campurkan susu, air, susu pekat dan gula perang dan kuning telor di pukul rata rata dan sebati.
- Masak dengan api yang perlahan sampai didih masukkan daun pandan. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah.
- Tambahkan secubit garam dan esen vanila dan apabila kuah mendidih tutup api.