BAHAN A
1 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
2 biji telur gred A
¾ cawan air
1 sudu kecil garam halus
Minyak untuk menggoreng
BAHAN B
5 keping roti Butterscotch
1 biji epal merah
Gajus secukupnya
CARA:
- Untuk kulit pai tee: Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam mangkuk adunan, pecahkan telur ditengahnya, masukkan separuh daripada air.
- Kacau sebati hingga licin, masukkan garam dan air selebihnya. Kacau lagi hingga sebati.
- Panaskan minyak dalam kuali, rendamkan acuan pai tee selama 5 minit.
- Tuangkan adunan ke dalam gelas, celupkan acuan pai tee yang dipanaskan ke dalamnya sehingga tiga perempat penuh.
- Kemudian celupkan semula acuan kedalam minyak panas, keluarkan kulit daripada acuan dengan menggunakan garpu.
- Untuk bahan isian: Epal dipotong nipis kemudian dimasak dengan air gula yang pekat ( 6 sudu gula dan setengah cawan air)
- Roti dipotong dua kemudian digelek nipis, kemudian digulung.
- Ambil kulit pai tee masukkan tiga keping epal, masukan roti dan letakan gajus. Hidangkan bersama kuah kastard.
