BAHAGIAN A:

1 ½  cawan tepung gandum

2 sudu kecil serbuk penaik

Secubit garam

1/2 cawan mentega

3/4 cawan gula kastor

3 biji putih telur  – saiz B

1 sudu kecil esen vanila

3/4 cawan susu segar

 

BAHAGIAN B (PUDING)

BAHAN:

2 cawan tepung jagung

4 cawan air

½ cawan susu sejat

½ air buah  ( air daripada koktil buah)

Susu pekat ikut suka manisnya

Sedikit perwarna merah

 

CARA:

  1. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 170⁰C.
  3. Sediakan mangkuk kertas putih secukupnya dan susun dalam loyang mufin.
  4. Dalam bekas pengadun, pukul mentega dan gula sampai kembang dan gebu atau mentega bertukar warna putih .
  5. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. Masukkan esen vanila.
  6. Kemudian perlahankan yang paling perlahan sekali kelajuan pengadun, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. (Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
  7. Masukkan dalam mangkuk kertas guna beg paip.
  8. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  9. Untuk puding: Campurkan bahan-bahan di dalam periuk.
  10. Kemudian masak hingga mendidih.
  11. Sentiasa kacau pastikan puding berkilat dan mendidih.
  12. Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan  hijau dan kuning serta warna asal putih.
  13. Setelah kek dikorek di bahagian tengah dan masukan puding, warna kuning, hijau dan putih ke dalam kek. Hiaskan dengan ceri,  prun dan gajus.