BAHAN
3 ketul itik
2 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar madu asli
½ biji jus lemon
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
6 tangkai bunga lawang
2 potong halia
CARA:
1.Perasakan itik dengan garam dan lada sulah. Perap selama 15 minit.
2.Itik tadi digrill dalam kuali tanpa minyak hingga keluar minyak dan masak sebanyak 80 peratus.
3.Kemudian masukkan sos lada hitam, madu, jus lemon, bunga lawang dan halia. Masak sampai pekat dan isi itik masak.
4. Hidang dan hiaskan dengan daun ketumbar dan daun bawang
