BAHAN
500 gm itik
2 batang serai
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
150 ml santan
3 ketul bunga lawang
1 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar serbuk jintan
1 sudu besar ketumbar serbuk
Garam dan gula secukup rasa
CARA:
1.Potong nipis serai,halia, bawang dan bawang putih.
2.Masukan rempah ketumbar, jintan dan cili serbuk ke dalam bekas dan gaul rempah ini hingga sebati. Kemudian masukkan serai, halia, bawang dan bawang putih gaulkan ke semuanya dengan itik.Perap seketika dalam 5 minit.
3.Panaskan kuali dan masukkan ke semua bahan di atas bersama santan dan bunga lawang.
4.Masak itik hingga empuk keluar minyak selama 2 jam.
5.Rasakan garam dan gula kuah tersebut. Biarkan kuah menjadi pekat.