Setiap lelaki bermula hari mereka dengan rutin seperti mandi cepat, bercukur, minum kopi dan sebagainya. Walaupun pelbagai vitamin digunakan untuk kelihatan sihat tetapi ia tidak cukup untuk mendapatkan nutrien yang penting. Kajian tentang pemakanan sering diuar-uarkan sepanjang masa dengan menggalakkan orang ramai untuk meningkatkan pengambilan vitamin atau mineral tertentu. Bermula sebagai satu regimen pil kini telah bertukar menjadi satu longgokan dalam keseluruhan makanan tambahan.

Semua penjualan makanan tambahan di kedai ubat boleh mengurangkan wang dalam akaun bank anda, dan mereka mungkin tidak mengetahui apa-apa yang lebih baik daripada makanan tambahan tersebut. Masa yang ada tidak dapat mendedahkan kepentingan tentang makanan tambahan sebelum diletakkan di rak-rak kedai. Ini bermakna anda mungkin tidak mendapat sumber nutrien yang sebenarnya. Mayo Clinic menjelaskan makanan tambahan tidak boleh sepenuhnya menggantikan makanan kerana mereka tidak menawarkan fungsi yang sama seperti serat dan fitonutrien. Makanan tambahan direka untuk mengisi ruang dalam pemakanan tetapi ia tidak berfungsi sebagai alternatif kepada makanan yang sihat.

Jika keadaan makanan tambahan anda di luar kawalan, ia mungkin masa untuk menilai semula diet anda. Di bawah ini, terdapat penerangan yang menekankan tujuh daripada makanan paling berkhasiat dan lebih baik bagi anda daripada apa-apa yang anda dapati dalam makanan tambahan. Pengambilan makanan berkhasiat ini ke dalam diet anda adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan kesihatan anda.

 

  1. Daging Lembu

Stik biasanya dianggap sebagai makanan yang memenuhi segala keinginan ketika menghadiri majlis-majlis khas. Daging lembu merupakan protein yang hebat untuk anda makan lebih kerap. Setiap lelaki yang suka menjadikan daging merah sebagai makanan mereka adalah protein untuk membantu membina otot. Tetapi, jika mengambilnya secara banyak adalah bukan sebab untuk beralih kepada daging lembu, kerana ia juga tinggi dengan vitamin B dan kreatin.

Men’s Health melaporkan lelaki perlu memberi tumpuan untuk mendapatkan vitamin B12 yang cukup dalam diet mereka bagi menyokong sistem saraf yang sihat. Perkataan kreatin mungkin kedengaran biasa, jika anda seorang yang biasa dengan keadaan di bilik angkat berat. Kebanyakan ahli bina badan yakin ia adalah cara terbaik untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat. Menurut kaum lelaki, ia meningkatkan keupayaan badan untuk menghasilkan tenaga dengan lebih cepat. Perkara itu akan membolehkan ahli gimnasium untuk berlatih dengan lebih keras dan kerap. Mendapatkan kreatin daripada daging lembu sudah pasti lebih lazat daripada mengambil makanan berbentuk serbuk.

Walaupun begitu, tidak semua daging lembu adalah sama. Pastikan anda melakukan sedikit penyelidikan sebelum mula membelinya, kerana banyak potongan yang perlu anda ketahui. Anda tidak akan kehilangan apa-apa rasa apabila anda memasak resipi yang selamat untuk makan menggunakan Epicurious iaitu rempah yang disapu lada pada stik.

  1. Kailan Hijau

Kebanyakan orang tahu bahawa dari usia muda untuk mendapatkan kalsium, seseorang itu perlu minum susu secukupnya. Sebaik sahaja anda melepasi umur tertentu, segelas penuh tenusu akan kehilangan tarikannya. Selain daripada pengambilan beberapa cawan bijirin kadang-kadang, mungkin kebanyakan orang sebenarnya tidak mendapat susu yang secukupnya dalam diet mereka. Kailan hijau adalah sumber mineral untuk menguatkan tulang. Menurut Medical News, satu cawan sayuran hijau yang dimasak akan memenuhi 26 peratus daripada keperluan kalsium harian anda. Selain itu, kalian hijau menpunyai sejumlah besar vitamin K, yang membantu meningkatkan kesihatan darah dan meningkatkan keupayaan anda untuk menyerap kalsium.

Walaupun sayur-sayuran seperti kubis dan bayam mendapat banyak perhatian di kedai, tetapi kailan hijau tidak menarik orang ramai untuk membelinya. Itu berita baik untuk anda, kerana ia tidak mungkin akan dijual di kedai runcit. Cuba anda rasai tradisi hidangan klasik tumis dari Taste of Southern atau merasai sayur-sayuran yang lebih moden dengan pasta pedas di The New York Times.

  1. Ubi Keledek

Ubi keledek mendapat banyak permintaan pada hari ini, kerana mempunyai sebab yang baik. Ia benar-benar lazat berbanding makanan yang lain, tetapi disebabkan faktor kesihatan ia telah menimbulkan kekeliruan. Menurut Time, makanan manis boleh menghapuskan keperluan untuk menyerap vitamin A kerana mengandungi 561 peratus daripada keperluan harian anda. Nutrien ini menyokong penglihatan yang baik, merangsang sistem imun badan dan membantu jantung anda. Ubi keledek mempunyai banyak serat, vitamin C, dan kalium.

Oleh kerana ubi keledek mempunyai rasa yang enak, ia mudah untuk digabungkannya ke dalam banyak resipi yang lazat. Untuk hidangan vegetarian yang enak, hidangan seperti kari ubi keledek dengan kacang kuda dari ‘One Ingredient Chef’ adalah pilihan yang luar biasa. Ia juga popular sebagai masakan yang boleh dipanggang atau digrill. Kami menyukai hidangan daun bawang dari Martha Stewart Everyday Food.

  1. Badam

Jika anda beralih kepada kekacang sebagai snek, anda akan mendapat dos besar lemak yang sihat dan berprotein. Ia akan memberikan ketenangan pada anda jika mengambilnya. Kekacang mempunyai fungsi yang sama dengan vitamin E. The Daily Mail melaporkan nutrien ini adalah kunci untuk melindungi sel-sel, meningkatkan kesuburan dan anda akan mendapat separuh keperluan harian anda dengan hanya 20 buah badam.

Badam menghadam ke dalam diet anda dengan sangat mudah kerana ia boleh dimakan begitu sahaja atau diletakkan ke dalam hidangan. Ia juga boleh dicampur dengan menggabungkan kekacang dan beberapa buah-buahan kering atau menggunakannya sebagai gantian bagi mengubah variasi rasa pada pesto. Ia juga boleh dicampur ke dalam salad atau dikisar ke dalam kerak untuk hidangan ayam lazat dari Food Network.

  1. Strawberi

Jika anda peminat strawberi, kami telah menemui banyak sebab untuk anda lebih menggemarinnya. Menurut California Strawberry Commission, strawberi yang sudah masak mempunyai vitamin C, serat, folat dan kalium. Men’s Fitness menekankan kepentingan folat, kerana ia boleh meningkatkan kesihatan jantung anda dan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer. Potong beberapa strawberi untuk sarapan dan campurkan ke dalam salad dengan sedikit perahan jus lemon dan gula sebagai tambahan pencuci mulut yang lazat.

  1. Ikan

Ramai orang beralih kepada makanan tambahan seperti minyak ikan untuk meningkatkan jumlah omega-3 dalam diet mereka, tetapi anda boleh mendapatkan asid lemak yang sama jika anda makan makanan laut. Menurut SFGate, mungkin ikan menjadi pilihan yang lebih selamat, tetapi makanan tambahan juga boleh meningkatkan risiko mengalami pendarahan dan melemahkan sistem imun badan anda. Lebih penting lagi, berpegang kepada keseluruhan makanan akan memberikan anda dos yang besar terhadap protein.

Selain daripada produk tenusu yang berkhasiat, terdapat juga beberapa jenis ikan mempunyai sumber vitamin D. Menurut Men’s Fitness, vitamin D boleh membantu mencantikkan perut anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Anda boleh mendapatkan beberapa nutrien daripada makanan laut daripada menghabiskan masa berjemur di bawah matahari yang akan meningkatkan risiko untuk anda mendapat kanser kulit.

Untuk memaksimumkan pengambilan semua nutrien ini, salmon, mackerel, tuna adalah antara pilihan terbaik anda. Cuba hidangan Every Day with Rachael Ray’s iaitu panggang asparagus dengan mentega masam atau dengan resipi tuna Korea yang diilhamkan oleh Food & Wine.

  1. Mangga

Untuk sebab-sebab tertentu, ramai orang berfikir vitamin C adalah nutrien ajaib yang boleh menjaga mereka daripada jatuh sakit. Menurut Men’s Health, kebanyakan lelaki mendapat banyak vitamin C dalam diet mereka dengan makanan. Dapatkan dos yang sihat dengan satu hidangan mangga, dan anda akan dapat beberapa nutrien yang lain. Menurut Men’s Journal, buah-buahan tropika merupakan sumber serat dan mempunyai rendah indeks glisemik. Jadi, ia tidak akan menyekat gula dalam darah anda seperti gula-gula yang lain.

Jika anda tidak akan menggunakan mangga dalam masakan anda, anda tidak dapat elakkan diri untuk membelanjakan mangga kepada orang lain. Buah ini sangat lazat dan ia boleh dibuat salsa yang luar biasa dengan sedikit perasa tambahan seperti daun ketumbar, jus limau, cili potong dan bawang merah. Anda juga boleh membuat snek klasik Mexico iaitu hidangan potongan mangga dengan jus limau nipis, kemudian taburkan dengan sedikit serbuk cili dan garam.