BAHAN DOH ROTI

500 gm tepung roti/ tepung tinggi protein

10 gm yis

1 sudu besar bread softener

60 gm mentega

2 biji telur

60 gm gula kastor

3 sudu besar susu tepung/ susu pekat

50 ml susu segar

100 ml ais sejuk

Secubit garam

 

BAHAN INTI

2 biji telur

1 batang sosej – hiris nipis

1 batangstik ketam – hiris nipis

2 tangkai daun sup

2 tangkai daun bawang

½ biji lada benggala merah/kuning

Garam dan lada sulah

 

CARA

1. Satukan ke semua bahan doh roti ke dalam bread maker, uli sehingga menjadi doh.
2. Setelah doh diuli sebati, bahagikan adunan kepada 250 gm setiap doh.Kembangkan doh, dan canai.
3. Masukkan doh ke dalam loyang. Biarkan kembang dua kali ganda.
4. UNTUK INTI : Satukan ke semua bahan inti, bancuh sebati dan tuang di atas roti ( sebelum tuang inti, cucuk-cucuk doh menggunakan garpu ).
5. Ratakan inti, agar intinya sekata.
6. Bakar doh di dalam ketuhar selama 18 minit pada suhu 180⁰C.
7. Setelah masak, sejukkan seketika. Kemudian, terbalikkan. Paipkan mayonis dan sos cili.

8. Gulung hingga padat dan bungkus dengan menggunakan plastik pembungkus. Sedia untuk dihidangkan.