5 JENIS VANILA DIPASARAN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

 

  1. Buah Vanila / VanillaPod
  • Buah vanila lebih sesuai digunakan untuk pencuci mulut yang berasaskan cecair, ini kerana isi atau biji-biji halusnya mudah dicampurkan ke dalam adunan kastard, susu atau ais krim.
  • Pilih buah vanila yang hitam berkilat, masih berisi dan lembap kerana buah vanila yang terlalu kering dan kecut tidak memberikan aroma dan rasa vanila yang baik.
  • Buah atau kacang vanila yang telah dikeringkan pula boleh digunakan untuk mendapatkan rasa vanila yang asli.

  1. Ekstrak Tulen Vanila
  • Ekstrak vanila dihasilkan dengan merendam buah vanila dalam sebatian alkohol dan air. Ia dibiarkan selama beberapa bulan sehingga menghasilkan campuran gelap dengan rasa dan aroma yang kuat. Kemudian campuran ini akan disuling menjadi esen.
  • Ekstrak ini mudah meruap jadi sebaiknya tidak menggunakan dalam cecair yang dipanaskan. Kerana kita akan cuma merasa vanila tetapi kurang aroma vanila.
  • Sila ambil perhatian apabila menggunakan ekstrak tulen vanila ini kerana kandungan alkoholnya.

 

  1. Esen Vanila
  • Esen vanila adalah daripada campuran ekstrak vanila dan perasa tiruan vanila atau perasa vanila yang dihasilkan secara sistetik.
  • Esen vanila boleh terdiri daripada perasa yang berasaskan air atau minyak. Esen vanila berasaskan air mudah terpeluwap pada suhu yang panas, manakala esen vanila berasaskan minyak lebih tahan lama serta kekal walaupun setelah dibungkus.

 

  1. Pes Vanila
  • Pes vanila pula konsentrasinya lebih pekat dan rasanya lebih kuat berbanding vanila esen. Jadi menggunakannya sedikit pun sudah memadai.
  • Biasanya pes vanila ini berasaskan air, oleh itu masukkan ia pada akhir proses pembuatan atau pengadunan untuk mengekalkan rasa dan aromanya.

  1. Serbuk Vanila / Vanillin
  • Serbuk vanila pula merupakan vanila kering yang telah dikisar sehingga menjadi serbuk kering. Kebiasaannya ia berwarna putih dan rasanya lebih kuat berbanding vanila yang di ekstrak.
  • Terdapat juga banyak serbuk vanila / vanillin dihasilkan secara sintetik dengan harga yang murah.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan