BAHAN
120 gm bendi – potong serong
5 ml stok ayam
5 gm garam
5 gm gula
Minyak masak
BAHAN KISAR
15 gm cili kering – rebus sehingga lembut
100 gm bawang merah
80 gm bawang putih
10 gm belacan
CARA
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga garing.
- Masukkan bendi dan gaul sebati.
- Kemudian, masukkan garam, gula dan stok ayam. Sebatikan rasa dan acau rata. Angkat dan hidangkan.