BAHAN DOH
240 gm tepung gandum
120 gm mentega
1 sudu besar herba campur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Air sejuk secukupnya
BAHAN ADUNAN LABU
300 gm labu – rebus dan lenyek
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar herba campur
1 sudu besar emping cili
4 biji cendawan butang – potong hiris dan tumis
100 gm daging ayam – potong dadu dan tumis
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 sudu kecil garam
CARA
- DOH : Satukan ke semua bahan doh, uli perlahan-lahan sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
- Simpan dahulu dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
- Canai doh pada loyang pai, bakar pada suhu 180⁰C selama 12 minit.
- ADUNAN LABU : Labu yang telah dilenyek, masukkan dalam mangkuk, gunakan spatula atau senduk kayu, masukkan telur dan ke semua bahan kacau sebati.
- Kemudian tuangkan adunan di dalam doh pai dan padatkan mengikut kreativiti anda.
- Lebihan doh pai, disilangkan di atas permukaan adunan. Sapukan dengan kuning telur di permukaan pai.
- Bakar pada suhu 180⁰C selama 18 minit.