BAHAN DOH PAI
240 gm tepung gandum
120 gm mentega
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Air sejuk secukupnya
BAHAN ADUNAN QUICHE
500 ml susu penuh krim
20 keping pepperoni daging
3 biji telur kuning
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar keju parmesan
Sayur bayam – celur
CARA
- DOH : Satukan ke semua bahan doh. Uli perlahan-lahan sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Simpan dahulu dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
- Canaikan doh pada loyang pai, bakar pada suhu 180⁰C selama 12 minit.
- ADUNAN QUICHE : Satukan ke semua bahan dalam mangkuk. Kacau mesra dan sebati jangan terlalu laju, kerana akan berbuih, pastikanianya tidak berbuih.
- Tuang adunan ke dalam pai yang telah dibakar, masukkan bayam (pastikan tidak berair, perah sehingga kering).
- Bakar pada suhu 180⁰C selama 8 minit. Buka ketuhar, taburkan pepperoni di permukaan quiche. Kemudian, sambung bakar selama 8 minit lagi. Siap untuk dihidangkan.
PESAN CEF : Untuk membakar doh pai dengan cantik, pastikan gunakan pemberat seperti beras atau kekacang pada atas permukaan doh sebelum dibakar. Gunakan clingfilm sebagai pelapik utama sebelum anda letak kekacang atau beras.