BAHAN

2 keping roti sandwich

30 gm kepingan daging salai – cincang

1 keping keju cheddar

1 biji telur

1 biji kuning telur

1 sudu kecil mentega

Sedikit lada sulah, oregano , thymes , sage

Sedikit serbuk bawang putih

Sedikit serbuk lada hitam

Garam

 

CARA

  1. Panaskan mentega, tumiskan kepingan daging salai bersama lada sulah, oregano, thymes, sage, serbuk bawang putih dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
  2. Lubangkan bahagian tengah roti ( sekeping sahaja). Ketepikan.
  3. Ambil sekeping roti putih, letakkan keju cheddar di atasnya. Kemudian tutupkan dengan roti yang telah dilubangkan bahagian tengah seperti sandwich.
  4. Masukkan kepingan daging yang telah di tumis dan pecahkan telur sebiji di tengah-tengahnya.
  5. Taburkan lagi herba di atas telur dan sapukan sedikit mentega di permukaan roti.
  6. Bakar pada suhu 175⁰C selama 10 minit sehingga berubah warna keperang-perangan .