MUFIN BAYAM BERKEJU

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

1 cawan tepung naik sendiri

½ sudu kecil serbuk penaik

1 sudu besar gula kastor

½ cawan bayam ( baby spinach ) – celur

¼ cawan daun basil

¼ cawan parutan keju parmesan

½ cawan buttermilk

¼ cawan minyak zaitu extra virgin

1 biji telur

 

CARA

  1. Ayak ke semua bahan kering bersama.
  2. Pukul buttermilk bersama minyak zaitun dan telur sehingga separa kembang.
  3. Masukkan bahan kering kacau perlahan sehingga menjadi adunan. Kemudian,   masukkan daun basil, keju dan bayam. Gaul rata adunan sebentar.
  4. Setelah itu, masukkan adunan ke dalam bekas mufin dan siap sedia untuk dibakar.
  5. Bakar pada suhu 175⁰C selama 18 hingga 20 minit.

 

PESAN CEF : Untuk penyimpanan melebihi sebulan, mufin dibungkus dengan cling film dan aluminium foil kemudian simpan di dalam peti sejuk beku.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan