ROJAK PETIS

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN: 

1 batang timun

1 biji sengkuang – kupas

1 biji nanas – kupas

4 keping tauhu – goreng garing

100 gm kacang tanah tumbuk

 

BAHAN SOS :       

100 gm cili kisar

100 gm gula melaka

50 gm  air

50 gm jus asam jawa

30 gm belacan bakar

100 gm petis

60 gm  gula

10 biji  limau kasturi – ambil jus

100 gm kacang tanah tumbuk

 

CARA MENYEDIAKAN:    

  • Campurkan semua bahan sos, kacau diatas api sehingga semua gula larut.
  • Kemudian campurkan jus limau dan kacang tanah.
  • Potong kecil timun, sengkuang, nanas dan tauhu, gaulkan dengan sos.
  • Taburkan lebihan kacang tanah dan hidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan