NASI BEREMPAH

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:    

1 kg beras basmathi – remdam 30 minit & toskan

4 sudu besar minyak sapi

4 sudu besar minyak jagung

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

2 kuntum cengkih

1 labu bawang besar

 

BAHAN KISAR :    

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 cm halia – tumbuk kasar

1 sudu besar ketumbar – tumbuk kasar

½ sudu besar jintan manis – tumbuk kasar

½ sudu besar jintan putih – tumbuk kasar

1300 ml santan

Garam secukup rasa

3 tangkai daun ketumbar – potong kecil

3 tangkai daun pudina – potong kecil

½ cawan bawang goreng

 

CARA MENYEDIAKAN:     

  1. Panaskan minyak, masuk rempah, kacau sebentar.
  2. Masukkan bawang besar, kacau hingga kuning.
  3. Masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
  4. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebentar.
  5. Masukkan santan dan garam,
  6. Masukkan beras, kacau hingga kering.
  7. Taburkan daun ketumbar, pudina dan bawang goreng.
  8. Masak dengan api kecil selama 30 minit.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan