RESIPI UDANG NESTUM

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Hidangan yang cukup memikat selera. Kerangupan nestum digabungkan dengan kelembutan udang, sedap tak terkata. Dan rasa pedas daripada cili padi, memang tak toleh kiri kanan lagi. Cubalah resipi ringkas ini.

 

Bahan-bahan

6 ekor udang

2 kuning telur masin

Sedikit tepung ubi

1 cawan nestum

2 biji cili padi (dipotong)

Daun kari

 

Cara-cara

Salutkan udang dengan kuning telur masin. Kemudian gaul dengan tepung ubi.

Goreng dengan minyak panas sehingga kekuningan

Angkat udang dan toskan minyak

Panaskan minyak dan kemudian masukkan cili padi dan daun kari.

Setelah garing, masukkan nestum dan udang.

Siap untuk dihidang.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan