BAHAN :
8 biji Cili merah
20 biji cili padi (kalau mahu pedas, gunakan cili padi merah)
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 sudu kecil asam jawa
Gula dan garam
Cara-cara
Tumbuk bawang
Tumbuk cili merah, cili padi bersama belacan.
Panaskan kuali.
Masukkan bawang dan goreng sehingga naik bau.
Kemudian masukkan cili bersama belacan yang ditumbuk.
Masukkan pula ikan bilis.
Biarkan sehingga naik minyak.
Masukkan gula, garam dan asam jawa.
Kacau sehingga sebati. Biarkan selama beberapa minit.
Sedia dihidangkan.
P/S – Boleh dimasak dalam kuantiti yang banyak dan simpan di dalam peti sejuk. Bila diperlukan, hanya goreng ikan atau ayam, dan gaulkan bersama. Jadilah ayam atau ikan masak sambal.