Bahan-bahan
Seekor ikan air masin
Air (2 liter)
Betik muda (700 gram) – dipotong nipis
Belacan siam (1 sudu besar)
Garam secukup rasa
Perahan Limau nipis (10 – 15 sudu)
Bahan Untuk Perencah (dikisar)
Cili padi burung (20 biji)
Bawang putih (1 labu)
Kunyit hidup (20 gram)
Bawang merah (7 ulas)
Air (300 ml)
Cara-cara
Panaskan periuk. Masukkan bahan kisar.
Kemudian masukkan 2 liter air dan belacan siam. Gaul rata.
Selepas itu, masukkan betik muda yang dihiris halus dan gaul sebati. Tutup periuk.
Selepas menggelegak, masukkan ikan. (Petua – Jangan kacau masakan sehingga ikan benar-benar masak kerana sup akan berbau hanyir ikan.)
Biarkan selama 5 minit.
Selepas ikan masak, barulah gaul sebati dan tutup api.
Masukkan garam dan air perahan limau nipis.
Enak dimakan bersama nasi dan telur dadar.