BAHAN -BAHAN:
300 gm coklat susu kompaun
150 gm coklat gelap kompaun
150 gm pes kacang hazel
50 gm kacang badam berkaramel

CARA MENYEDIAKAN:

Tuangkan coklat susu ke dalam acuan – hentakkan sedikit agar padat. Biarkan selama 3 minit di dalam peti sejuk.
Keluarkan dan terbalikkan acuan untuk membentuk kelongsong coklat.
Bersihkan lebihan coklat – sejukkan di dalam peti sejuk selama 5 minit. Campurkan coklat gelap dan pes kacang hazel – kacau sebati.
Paipkan ke dalam kelongsong coklat tadi dan taburkan kacang badam berkaramel di atasnya. Sejukkan lagi di dalam peti sejuk selama 20 minit. Keluarkan dari acuan dan hidangkan.