RAHSIA COKLAT

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Orang selalu tersalah sangka dan menganggap coklat merupakan penyebab kepada banyak masalah kesihatan. Sebagai contoh, orang menganggap coklat punca kepada masalah penyakit jantung, kerosakan gigi dan kegemukan. Ibu bapa juga sering menjadi coklat sebagai mangsa dalam masalah ini.

Sebenarnya mengikut kajian yang telah dijalankan, coklat mempunyai banyak kebaikannya. Dalam keluaran ini saya akan kongsikan beberapa daripadanya.

Pesanan Si Jantung Hati
• Coklat baik untuk jantung yang sihat. Penyelidikan terbaru membuktikan bahawa coklat merupakan sumber anti oksida yang terbaik.
• Anti oksida di dalam coklat dikenali sebagai phenol yang boleh mempengaruhi lipoprotein densiti rendah (LDL), pengangkut kolesterol ke dalam darah secara langsung. Phenol akan menghalang kerosakan oksidasi LDL yang perlahan-lahan akan mengurangkan kadar mendapan lemak di dalam arteri.
• Pengambilan kompoun polyphonic, sejenis anti-oksidan yang terdapat dalam buah-buahan, sayuran dan coklat berpotensi mengurangkan risiko sakit jantung dengan melindungi kerosakan sel tubuh akibat radikal bebas.
• Coklat secara semulajadinya kaya dengan polyphenol. Coklat gelap pula mengandungi lebih polyphenol berbanding coklat susu kerana kandungan massa koko yang tinggi.
• Rahsianya, makanlah coklat secara SEDERHANA sebagai sebahagian diet yang seimbang.

Khasiat Sejati Coklat
• Coklat mengandungi zat-zat makanan seimbang yang baik untuk kesihatan. Setiap 100 gm coklat susu mengandungi 26% daripada pengambilan diet yang disyorkan (RDI) bagi kalsium, 13% magnesium dan 20% zat besi, mineral dan elemen zat makanan yang penting untuk tubuh berfungsi dengan sempurna.
• Coklat juga mengandungi sejumlah besar vitamin larut air seperti B1, B2 dan B3 yang melindungi kitaran tenaga dan protein. Dari segi kesihatan, coklat sebenarnya setanding dengan keju segar yang merupakan makanan berkhasiat.
• Bagi atlet dan kanak-kanak, sekeping coklat selepas bersukan atau bermain lasak akan membantu memulihkan tenaga dengan cepat melalui penggantian semula karbohidrat.

Coklat Satu Diet Istimewa
• Coklat menggemukkan – merupakan salah tanggapan yang biasa diperkatakan. Sebenarnya tiada makanan yang akan menambahkan berat badan, hanya cara pengambilan makanan yang menentukan sama ada akan membentuk lebihan lemak di dalam tubuh atau sebaliknya. Pengambilan makanan secara berlebihan pastinya menggemukkan. Tambahan pula, makanan hanya sebahagian faktor penyumbang sementara bersenam dan menjalankan aktiviti fizikal lain juga penting untuk kesihatan badan.
• Coklat sebenarnya adalah makanan yang enak dan berkhasiat. Coklat tidak meningkatkan kolesterol atau glukos darah dengan ketara. Hakikatnya coklat mengandungi zat-zat makanan yang sihat jika diambil secara sederhana.

Nikmat Coklat Yang Menceriakan
• Coklat adalah makanan istimewa yang sesuai untuk pemakanan yang sihat.
• Mengambil makanan yang digemari akan menghasilkan endorphin. Bukan hanya coklat malah apa juga makanan yang lazat akan menghasilkan endorphin iaitu sejenis protein. Penyelidikan mendapati bahawa nikmat memakan coklat diransang oleh endorphin. Oleh itu makanan yang lazat dan digemari seperti coklat bertambah kenikmatannya kesan pelepasan endorphin di dalam otak. Dengan ini memakan coklat akan memberi nikmat mengasyikkan.
• Nikmat coklat juga datangnya daripada gabungan aroma dan rasa sensasi di dalam mulut yang memberikan kelazatan luar biasa dan menjadikan kehidupan anda riang, ceria dan bersemangat sepanjang hari.
Oleh itu, jika anda rasa letih, tertekan atau murung, makan lah sekeping coklat.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan