Bahan-bahan
Segenggam Ikan Bilis
2 papan petai
Garam
Sehelai daun kunyit
Minyak untuk menumis
Bahan Ditumbuk
20 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
4 sudu besar tempoyak
Sedikit air
Cara-cara
Panaskan minyak. Gorengkan ikan bilis sebentar dan ketepikan.
Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
Selepas itu, masukkan air, ikan bilis, petai dan garam secukup rasa. Jangan terlalu lama sehingga petai layu.
Gaul sebati.
Masukkan daun kunyit yang telah dihiris kasar.
Tip:
Boleh juga masukkan sebiji bawang besar yang dimayang bagi memberikan rasa manis.
Jika tempoyak masih baru dan manis, masukkan sekeping asam keping.