BAHAN-BAHAN:    

1 keping kek span vanilla – 8″ x 1″

350 gm keju krim

75 gm  gula

½ sudu kecil vanilla

½ sudu kecil perisa lemon / jus lemon

½ sudu kecil kulit lemon

2 biji    telur kuning

160 gm  krim tenusu

50 gm  tepung

15 gm  tepung jagung ( ayak bersama)

2  biji   telur putih

30 gm  gula

½ sudu kecil krim tartar

 

CARA MENYEDIAKAN:

1. Alas acuan dengan kertas – letakkan kek span di dalamnya.
2. Pukul keju, gula, vanilla dan lemon hingga lembut serta halus. Masukkan telur kuning, pukul hingga sebati.
3. Masukkan krim, pukul lagi hingga sebati. Masukkan campuran tepung – gaul sebati.
4. Dalam mangkuk yang lain, campurkan telur putih dengan krim tar-tar. Putar hingga berbuih, masukkan gula, putar lagi hingga kembang.
5. Masukkan ke dalam adunan keju tadi perlahan-lahan.
6. Tuangkan ke dalam acuan tadi, ratakan dan hias dengan adunan coklat jika perlu.
7. Bakar dengan teknik ‘water bath’ pada suhu 160°C selama 60 minit. Naikkan suhu ke 180°C dan bakar lagi hingga masak selama 15 minit lagi.