Bahan-bahan
3 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk)
Kobis bunga
Brokoli
Lobak merah
Cendawan butang
Kacang buncis
Sawi
Isi ayam
3 sudu besar sos tiram
1 ketul kiub ayam
1 sudu kecil tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit air.
Cara-cara
Panaskan minyak. Kemudian tumis bawang putih dan bawang merah.
Masukkan ayam. Gunakan api besar. Kacau seketika sehingga ayam masak.
Masukkan sos tiram dan gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air.
Selepas itu, masukkan dahulu sayur-sayuran dan cendawan. Masak sehingga empuk.
Masukkan pula kiub ayam. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api, curahkan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.