Coklat pes: Satukan semua bahan coklat pes dan sejukkan pada suhu bilik.Kek coklat: Putar mentega, gula kastor dan ovalete sehingga berkrim. Masukkan telur satu persatu, putar hingga sebati.Masukkan bahan-bahan yang ayak dan bahan-bahan coklat pes, adun adunan hingga sebati.Bahagi adunan kepada dua bahagian,tuangkan kedalam loyang 7 inci x 7 inci x 3 inci yang telah dialas kertas minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 160⁰C. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak . Sejukkan kek sebelum dipotong kepada dua bahagian.
TOPPING COKLAT FUDGE
BAHAN:
500 gm coklat masakan
250 ml susu segar
1 sudu kecil mentega
CARA :
Panaskan coklat masakan menggunakan teknik “ double boiler”. Apabila cair , tuangkan susu segar dan masukkan mentega.Kacau hingga sebati, sejukkan sekejap dan sedia untuk digunakan.
TOPPING KEJU LAVA
BAHAN:
500 gm krim keju – suhu bilik
100 gm gula aising
10 sudu besar susu segar
5 sudu besar susu pekat
3 sudu kecil jus lemon
Hiasan : coklat parutan dan buah strawberi
CARA:
Putar krim keju dan gula aising sehingga berkrim.Masukkan semua bahan , kacau sebati dan sedia untuk digunakan.